← Semua produk
Ubat Gigi Kanak-kanak

Ubat Gigi Raiya Junior

Permulaan yang menyeronokkan dan bebas fluorida untuk tabiat memberus gigi yang baik.

✓ Disahkan halal✓ Tanpa Fluorida
Perisa
Saiz
Pek
  • Formula lembut, mesra kanak-kanak
  • Membantu si kecil memupuk tabiat memberus gigi yang baik
  • Perisa buah-buahan yang disukai kanak-kanak

Permulaan yang menyeronokkan dan bebas fluorida untuk tabiat memberus gigi yang baik

Belajar memberus gigi adalah langkah penting bagi setiap kanak-kanak, tetapi si kecil mungkin kadangkala tertelan ubat gigi pada awal proses memberus. Ubat Gigi Raiya Junior Kids mempunyai formula bebas fluorida yang mengurangkan kebimbangan ibu bapa semasa proses awal anak-anak memberus.

Rasanya yang lembut dan perisa buah-buahan yang menyegarkan menjadikan aktiviti memberus gigi sebagai satu rutin harian yang menyeronokkan. Dengan mencipta pengalaman memberus gigi yang lebih mesra, Raiya Junior membantu ibu bapa menggalakkan kanak-kanak memberus gigi setiap hari dan memupuk tabiat penjagaan mulut yang baik sejak usia muda.

Terdapat dalam enam perisa buah — Epal, Buah-buahan, Anggur, Tembikai susu, Anggur, Oren dan Strawberi — Raiya Junior hadir dalam saiz 50g dan 75g. Terdapat juga pilihan dengan berus gigi, menjadikannya pilihan praktikal untuk rumah, sekolah atau perjalanan.

Mengapa ibu bapa memilih Raiya Junior

  • Formula bebas fluorida untuk kanak-kanak yang sedang belajar memberus gigi
  • Mengurangkan kerisauan ibu bapa sekiranya anak-anak tertelan kerana formula tanpa flouride
  • Membantu memupuk tabiat memberus gigi yang baik sejak usia muda
  • Perisa buah yang lembut yang sesuai untuk kanak-kanak
  • Pembersihan harian yang lembut

Guna di bawah pengawasan orang dewasa dan ikut arahan pada pembungkusan.